Saturday 14 May 2011

~solat & tuntutannya~

                                                                                   ~makna solat~


  • bahasa :: doa
  • syarak :: beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam,disertai dengan syarat-syarat tertentu.
~jenis solat~
  • wajib / fardhu
    1) solat fardhu (subuh,zohor,asar,maghrib dan isyak)
    2) solat jumaat (bagi lelaki)
    3) solat jenazah
  • sunat

    Hukum Solat Fardhu
~hukum solat fardhu (1)~
"...maka dirikanlah solat.Sesungguhnya solat itu adalah fardhu (wajib) yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman"
An-Nisa : 103

~hukum solat fardhu (2)~
"dan dirikanlah olehmu solat serta bayarlah zakat,dan rukuklah kamu berserta orang-orang yang rukuk"
Al-Baqarah : 43

~hukum solat fardhu (3)~
"peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat wusta dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan kusyuk dan patuh"
Al-Baqarah : 238

     Kepentingan Solat

~kepentingan solat 1~
solat tiang agama
"sembahyang itub tiang agama,barang sesiapa yang meningglkannya sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama"
hadis riwayat Imam Baihaqi

~kepentingan solat 2~
amalan pertama dihisab
Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang,jika sembahnyangnya diterima maka sewsungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia,dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu,Allah berfirman : "Periksalah,adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardhunya"?Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain".
(riwayat At-Tarmizi)

~kepentingan solat 3~
mendapat petunjuk Allah
"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhiratnya,serta tetap mendirikan solat,menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah.maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(surah At-Taubah:18)

~kepentingan solat 4~
penghapus dosa
"solat lima waktu dan solat jumaat dengan jumaat setelahnya adalah penghapus dosa yang terjadi di antara semuanya,selama dosa besar tidak dilakukan."
(hadis riwayat Muslim)

~kepentingan solat 5~
mencegah perbuatan maksiat
"...sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar..."
(surah Al-Ankabut)

~kepentingan solat 6~
mencari reda Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku".
(surah Thaha:14)

~kepentingan solat 7~
tenangkan jiwa
"sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah.Dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir.Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat,yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya..."
(surah Al-Makrij:19-35)

~kepentingan solat 8~
masuk ke syurga
"Ma'dan bin Talhah berkata,"Aku pernah menemui Tsauban,hamba yang dimerdekakan Rasulullah,lalu kutanyakan,`katakanlah kepadaku tentang perbuatan yang dapat kulakukan,yang dengannya Allah dapat memasukkan aku ke syurga?,atau dia bertanya:`tentang perbuatan yang paling dicintai Allah?`kemudian dia(Tsauban) diam.Lalu kutanyakan lagi,dan dia tetapm diam.Kutanyakan yang ketiga kalinya,akhirnya dia menjawab,`Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang hal itu.Baginda menjawab,"Hendaknya kamu memperbanyakkan sujud,keran tidaklah kamu bersujud sekali sujud kepada Allah,melainkan Allah mengangkat darjatmu dan menghapuskan kesalahanmu." Ma'ban berkata,"Kemudian aku berjumpa Abu Darda' dan kutanyakan kepadanya.Dia menjawab seperti jawapan Tsauban kepadaku."
(hadis riwayat At-Tirmizi dan An-Nasa'i)





2 comments: